Sabtu, 30 Oktober 2010

Makam tertua di Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak

 Usianya dipercayai lebih 120 tahun



Walaupun gambar kat atas ni merupakan gambar kubur dan tidak kena mengena pun dengan projek hujung minggu, tapi cerita ni merupakan aktiviti hujung minggu bagi kami sebab waktu lapang hujung minggu digunakan untuk menulis blog ini. Kira aktiviti hujung minggu la jugak ni kan..cincai je lah..

 Ini hanya untuk tatapan korang di samping menambahkan pengetahuan sejarah korang, khususnya korang yang tinggal atau pernah tinggal kat area Bagan Datoh, Perak.

Untuk pengetahuan, kubur atau makam ini terletak di Kampung Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak. Ni la makam moyang kami yang bernama Tuan Haji Abdul Rahman Malak yang bertanggungjawab membuka dan menamakan kampung kami 'Kampung Sungai Lanchang' yang diambil sepena nama tongkang yang beliau gunakan untuk sampai ke tempat yang beliau lihat sebagai suatu strategi untuk dijadikan penempatan dan pengikutnya yang lari dari Selangor untuk menyelamatkan diri dari serangan Pahang. Kiranya penduduk Sungai Lanchang di panggil Melayu Selangor. Sebab tu kami x cakap bahasa daerah Perak atau loghat Perak kat sini. 
Di katakan, di sinilah penempatan awal Melayu Selangor.

Makam ni dulunya mempunyai bumbung dan pagar besi yang kukuh, tapi sayang telah di salahgunakan oleh kaki puja untuk mendapatkan apa yang mereka 'hajatkan' konon boleh dikabulkan tanpa usaha dab doa daripada Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan